Adakah Tindakan Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia Satu Penghinaan Mahkhamah?

Image courtesy of BBC

24 FEBRUARI 2021

Kami, gabungan pertubuhan sivil yang bekerjasama memperjuangkan hak asasi manusia di Malaysia terutamanya hak kebebasan bersuara membantah keras tindakan Dato’ Indera Khairul Dzaimee Daud, Ketua Pengarah Imigresen, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) yang telah menghantar pulang 1,086 orang ke Myanmar pada 23 Februari 2021.

Jabatan Imigresen Malaysia melalui satu kenyataan rasmi hari ini telah mengesahkan penghantaran pulang 1,086 warga Myanmar yang antara mereka didakwa merupakan migran, etnik minoriti, pelarian, pencari suaka (asylum seekers) dan pelarian kanak-kanak, termasuk pelarian bawah umur yang dipercayai salah seorang daripada ibu bapanya masih menetap di Malaysia. Tindakan JIM merupakan satu tindakan yang tidak adil serta tidak berperikemanusian menurut undang-undang hak asasi manusia dan undang-undang kemanusiaan (humanitarian) antarabangsa, terutamanya apabila terdapat pendedahan bahawa Pesuruhjaya Tinggi Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHCR) juga tidak diberi peluang untuk memeriksa dan mengesahkan identiti mereka yang telah dihantar pulang.

Kami merujuk kenyataan pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Migran, Pelarian dan Imigresen Majlis Peguam bahawa tindakan JIM meneruskan operasi penghantaran pulang boleh dilihat sebagai perbuatan menghina mahkamah.

Ini susulan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Yang Arif Dato’ Sri Mariana Hj Yahya pada 23 Februari 2021, membenarkan permohonan dua badan hak asasi manusia – Amnesty International Malaysia dan Asylum Access – bagi mendapatkan perintah penggantungan pelaksanaan sementara. Perintah ini akan diikuti oleh pendengaran semakan kehakiman yang akan berlangsung pada 24 Februari 2021.

Maka timbul persoalan berkait kegagalan pihak JIM dalam mematuhi perintah Mahkamah Tinggi, serta apakah tindakan mahkamah selanjutnya?

Tindakan mengingkari perintah Mahkamah Tinggi adalah satu perbuatan yang menghina mahkamah dan adalah merupakan satu kesalahan dibawah Perkara 126 Perlembagaan Persekutuan yang harus dikecam. Pengingkaran perintah mahkamah harus dipandang berat untuk memberi jaminan keadilan dan ketekalan undang-undang kepada semua sektor bukan sahaja sektor hak asasi manusia namun sektor perniagaan dan perindustrian supaya badan kehakiman tidak kehilangan integriti.

Apa yang juga relevan pada hari ini adalah, badan kehakiman kini berada dibawah pemerhatian orang ramai bukan sahaja di Malaysia, bahkan secara global setelah keputusan mahkamah terhadap portal berita Malaysiakini minggu lalu.

Kami percaya adalah amat penting bagi mahkamah untuk menegakkan keadilan secara berwibawa sebagai sebuah badan bebas dan memastikan bahawa Jabatan Imigresen dan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri bertanggungjawab atas tindakan mereka yang boleh dianggap sebagai tidak mematuhi perintah mahkamah.

Kami menggesa pihak Mahkamah dan badan kehakiman untuk mengambil pendekatan yang sewajarnya memandangkan isu ini melibatkan hal keselamatan komuniti rentan serta integriti kehakiman.

Penandatangan:

1. Centre for Independent Journalism (CIJ)
2. Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)
3. Gerakan Media Merdeka (Geramm)
4. North South Initiative
5. MISI: Solidariti
6. Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM)
7. Justice for Sisters
8. KRYSS Network
9. G25
10. Partners of Community Organisations (PACOS)
11. Childline Foundation
12. Oriental Hearts and Mind Study Institute
13. Assoc of Toy Libraries Malaysia
14. Pergerakan Tenaga Akademik Malaysia (GERAK)
15. Persatuan Promosi Hak Asasi Manusia
16. Lawyer Kamek for Change (LK4C)
17. Growing Emerging Leaders
18. Our Journey
19. Women’s Aid Organisation (WAO)
20. Advancing Knowledge in Democracy and Law initiative
21. Sisters in Islam (SIS)
22. Center for Orang Asli Concerns (COAC)
23. Sarawak Women for Women Society
24. Association of Women Lawyers (AWL)
25. Aliran
26. Pusat KOMAS
27. TENAGANITA
28. Sabah Women Action-Resource Group (SAWO)
29. EMPOWER Malaysia
30. ENGENDER Consultancy
31. Legal Dignity
32. Beyond Borders Malaysia
33. All Women’s Action Society (AWAM)
34. Persatuan Sahabat Wanita Selangor
35. Pakistani Christian Refugee fellowship (PCRF)
36. The KLSCAH Women Division
37. Voice of the Children
38. The Agora Society

Individu-Individu:
39. Subra Sivananthan
40. Patricia Nunis
41. Zainal Abidin
42. KJ John
43. David Velu
44. Aslam Abd Jalil
45. Andrew Khoo
46. Diana Carol
47. Tan Chia Ee
48. Kevin Chan